1.0 E-DAGANG/ E-COMMERCE E-perdagangan pertama kali diperkenalkan pada tahun 1994 pada saat pertama kali banner-elektronik dipakai untuk tujuan promosi dan periklanan di suatu halaman-web (website). Menurut Riset Forrester (2003), perdagangan elektronik menghasilkan penjualan berharga AS$12,2 million. Menurut laporan yang lain pada bulan Oktober 2006 yang lalu, kadar pendapatan atas talian (online) yang bersifat non-travel di Amerika Syarikat diramalkan akan mencapai seperempat trillion dolar US pada tahun 2011. Istilah "perdagangan elektronik" telah berubah mengikut peredaran masa misalnya dalam penulisan James E. Miles dan Chip Dolce (2006) . Pada awalnya, perdagangan elektronik bermaksud pemanfaatan transaksi komersial, seperti penggunaan Elektronik Data Interchange (EDI) untuk mengirim dokumen komersial seperti pesanan pembelian atau invoice secara elektronik. Kemudian elektronik perdagangan ini telah berkembang menjadi suatu aktiviti yang mana mempunyai atau memberi istilah yang lebih tepat lagi iaitu "perdagangan web" di mana pembelian barang melalui World Wide Web (WWW) yang mempunyai protokol komunikasi dari World Wide Web (HTTPS) iaitu pelayan protokol khususnya yang menggunakan inskripsi untuk merahsiakan data-data penting pelanggan. Menurut Wikipedia Indonesia, Ensiklopedia Bebas Berbahasa Indonesia E-perdagangan atau dikenali juga sebagai elektronik perdagangan (bahasa Inggeris : Electronic commerce atau e-commerce) adalah proses penyebaran, pembelian, penjualan, pemasaranbarang, pertukaran produk, perkhidmatan atau informasi melalui sistem elektronik seperti internet atau televisyen, World Wide Web (WWW), atau jaringan komputer lainnya. E-perdagangan dapat melibatkan pertukaran data elektronik, sistem pengurusan inventori automatif, dan sistem pengumpulan data automatif. Turban E et al. (2002) juga turut mendefinisikan bahawa e-perdagangan bermaksud proses membeli, menjual, pertukaran produk, perkhidmatan atau informasi melalui rangkaian komputer termasuk internet dan turut membahagikan definisi e-perdagangan ini kepada empat perspektif iaitu : 1) Dari perspektif komunikasi - E-perdagangan adalah elektronik perdagangan merupakan penghantaran barangan, perkhidmatan, maklumat atau pembayaran melalui rangkaian komputer atau peralatan yang berkaitan. 2) Dari perspektif proses perniagaan - E-perdagangan adalah aplikasi teknologi yang menghala ke arah pengautomasian transaksi dan pengawalan aliran perniagaan. 3) Dari perspektif perkhidmatan - E-perdagangan adalah laluan yang merujuk kepada keinginan firma, pelanggan dan pengurusan perniagaan untuk mengurangkan kos perkhidmatan di samping untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan pelanggan dan meningkatkan tahap kepantasan perkhidmatan penghantaran. 4) Dari perspektif atas talian (online) - E-perdagangan menyediakan kemampuan untuk membeli dan menjual produk dan maklumat melalui internet dan perkhidmatan atas talian (online). Menurut Turban E et al. (2004), organisasi E-perdagangan terbahagi kepada tiga organisasi iaitu : 1) Organisasi Brick and Mortar - merupakan syarikat lama yang telah beroperasi secara tradisional, iaitu menjual produk secara fizikal dengan menggunakan agen fizikal. - Menggunakan internet sebagai tempat untuk penyebaran maklumat sahaja. 2) Pure Online Virtual Organizations - syarikat baru yang wujud / dibina pada era kemunculan teknologi e-perdagangan yang menjual dan memberi perkhidmatan secara menyeluruh melalui internet (mesti melalui proses digital). 3) Organisasi Click And Mortar - syarikat yang mengendalikan proses e-perdagangan, tetapi pengurusan utama perniagaan berlaku dalam persekitaran fizikal.
E-perdagangan pertama kali diperkenalkan pada tahun 1994 pada saat pertama kali banner-elektronik dipakai untuk tujuan promosi dan periklanan di suatu halaman-web (website). Menurut Riset Forrester (2003), perdagangan elektronik menghasilkan penjualan berharga AS$12,2 million. Menurut laporan yang lain pada bulan Oktober 2006 yang lalu, kadar pendapatan atas talian (online) yang bersifat non-travel di Amerika Syarikat diramalkan akan mencapai seperempat trillion dolar US pada tahun 2011.
Istilah "perdagangan elektronik" telah berubah mengikut peredaran masa misalnya dalam penulisan James E. Miles dan Chip Dolce (2006) . Pada awalnya, perdagangan elektronik bermaksud pemanfaatan transaksi komersial, seperti penggunaan Elektronik Data Interchange (EDI) untuk mengirim dokumen komersial seperti pesanan pembelian atau invoice secara elektronik. Kemudian elektronik perdagangan ini telah berkembang menjadi suatu aktiviti yang mana mempunyai atau memberi istilah yang lebih tepat lagi iaitu "perdagangan web" di mana pembelian barang melalui World Wide Web (WWW) yang mempunyai protokol komunikasi dari World Wide Web (HTTPS) iaitu pelayan protokol khususnya yang menggunakan inskripsi untuk merahsiakan data-data penting pelanggan.
Menurut Wikipedia Indonesia, Ensiklopedia Bebas Berbahasa Indonesia E-perdagangan atau dikenali juga sebagai elektronik perdagangan (bahasa Inggeris : Electronic commerce atau e-commerce) adalah proses penyebaran, pembelian, penjualan, pemasaran barang, pertukaran produk, perkhidmatan atau informasi melalui sistem elektronik seperti internet atau televisyen, World Wide Web (WWW), atau jaringan komputer lainnya. E-perdagangan dapat melibatkan pertukaran data elektronik, sistem pengurusan inventori automatif, dan sistem pengumpulan data automatif.
Turban E et al. (2002) juga turut mendefinisikan bahawa e-perdagangan bermaksud proses membeli, menjual, pertukaran produk, perkhidmatan atau informasi melalui rangkaian komputer termasuk internet dan turut membahagikan definisi e-perdagangan ini kepada empat perspektif iaitu :
1) Dari perspektif komunikasi
- E-perdagangan adalah elektronik perdagangan merupakan penghantaran
barangan, perkhidmatan, maklumat atau pembayaran melalui rangkaian
komputer atau peralatan yang berkaitan.
2) Dari perspektif proses perniagaan
- E-perdagangan adalah aplikasi teknologi yang menghala ke arah
pengautomasian transaksi dan pengawalan aliran perniagaan.
3) Dari perspektif perkhidmatan
- E-perdagangan adalah laluan yang merujuk kepada keinginan firma, pelanggan dan pengurusan perniagaan untuk mengurangkan kos perkhidmatan di samping untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan pelanggan dan meningkatkan tahap kepantasan perkhidmatan penghantaran.
4) Dari perspektif atas talian (online)
- E-perdagangan menyediakan kemampuan untuk membeli dan menjual produk dan maklumat melalui internet dan perkhidmatan atas talian (online).
Menurut Turban E et al. (2004), organisasi E-perdagangan terbahagi kepada tiga organisasi iaitu :
1) Organisasi Brick and Mortar
- merupakan syarikat lama yang telah beroperasi secara tradisional, iaitu menjual produk secara fizikal dengan menggunakan agen fizikal.
- Menggunakan internet sebagai tempat untuk penyebaran maklumat sahaja.
2) Pure Online Virtual Organizations
- syarikat baru yang wujud / dibina pada era kemunculan teknologi e-perdagangan yang menjual dan memberi perkhidmatan secara menyeluruh melalui internet (mesti melalui proses digital).
3) Organisasi Click And Mortar
- syarikat yang mengendalikan proses e-perdagangan, tetapi pengurusan utama perniagaan berlaku dalam persekitaran fizikal.